Tuesday, February 24, 2015

Oppsss! Resign


RESIGN! What? Why? 

Besok last aku kerja weh! Seriously sedih sangat nak tinggalkan mak dara kita. Kita syg sgt dekat mak dara kita. Dye selalu bagi nasihat dekat kita. Dye jugak yg slalu kuatkan semangat kita. Best kawan dgn mak dara. Fikiran diowg sangat matang. Sebab tu selalu nasihat kita. Hope kita kawan sampai bilabila yea mak dara. Syg mak dara sangatsangat. Nanti kita jumpa lagi yea. Semoga Allah panjang kan umur Kak Zida & kak dila yea. Thank you jadi kawan suka duka saya! 


Kek Suami Untuk Isteri Di Hospital Pada Hari Persandingan Jadi Viral

Kehadiran suami ke hospital membawa kek untuk isterinya selepas terpaksa bersanding seorang diri bukan saja meninggalkan kenangan manis untuk mereka, malah gambar pasangan itu turut ‘viral’ di laman sosial hari ini, dengan ramai menyifatkannya sebagai sesuatu yang amat manis dan menyentuh perasaan. Mohd Suhairi Md Salleh,26, dan Ainul Aqmar Arzmi,25, ‘berpisah’ seketika di hari persandingan mereka di kediaman pihak lelaki, Ahad lalu selepas Ainul terpaksa menjalani pembedahan di Hospital Amanjaya Specialist Centre, Sungai Petani, Kedah. Ainul ketika dihubungi di Sungai Petani, berkata, pada 6 petang Sabtu lalu, dia ke hospital itu selepas tidak dapat menahan kesakitan akibat ketumbuhan pada ovari (cyst).



“Pada 8 malam, doktor memaklumkan saya perlu dibedah bagi membuang ketumbuhan itu kerana ia semakin kritikal. “Sebelum itu, pada Rabu lalu, saya ada berjumpa doktor untuk mengetahui perkembangan penyakit saya ini dan doktor maklumkan, ia belum membimbangkan. “Tak sangka pula jadi begini. Apa yang mampu saya lakukan hanya berserah kepada Allah SWT dan reda dengan ketentuannya kerana perancangan untuk bersanding di sebelah lelaki sudah diatur ,” katanya yang bekerja sebagai guru. Menurutnya, selepas menjalani pembedahan, suaminya muncul di hospital pada 4 petang, Ahad membawa kek untuk dipotong bersama sambil bergambar kenangan.
“Itu antara kenangan paling indah dan tak dapat saya lupakan. Mungkin ada hikmah di sebaliknya,” katanya.
Sementara itu, Mohd Suhairi berkata, dia mendapat idea untuk ke hospital dan membawa kek itu selepas dimaklumkan oleh jurugambar perkahwinannya, Kawaras Yahya, 30. “Pada awalnya saya tertekan kerana terpaksa bersanding tanpa isteri. Selepas bersanding, saya ke hospital membawa kek bersama jurugambar (Kawaras) dan beberapa rakan.  “Hospital itu terletak hanya 500 meter dari kediaman saya,” katanya. Katanya, dia reda dengan apa yang berlaku dan bersyukur pembedahan itu blancar. “Alhamdulillah, sekurang-kurangnya saya dan isteri ada gambar kenangan yang boleh diabadikan biarpun gambar dirakam di hospital,” katanya yang bekerja sebagai jurutera.