Tuesday, September 20, 2011

Aku cinta dia dalam diam =)


Bila aku belum bersedia melangkah lebih jauh dengan seseorang . cukuplah aku menyintai dalam diam . sebab diamku adalah salah satu bukti cinta padanya . sebab diamku bukti setia padanya . sebab dalam diamku tersimpan kekuatan . kekuatan harapan .  hingga mungkin ALLAH akan membuat harapan itu menjadi kenyataan .  sebab ALLAh kan tak kan pernah memutuskan harapan kita yang berharap padanya .  dan jika memang 'Cinta Dalam Diamku'  itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam ... Jika dia memang bukan milikku, Allah, melalui waktu akan menghapus 'Cinta Dalam Diamku' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ... Biarkan 'Cinta Dalam Diamku'  itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatiku menjadi rahsia antara aku dengan Sang Pemilik hatiku ... Cintailah ia dalam diam, dari kejauhan, dengan kesederhanaan dan keikhlasan... bersabarlah... berdo'alah... berpuasalah...



Thursday, September 8, 2011

Twitter


Eh ape twitter tu?? Da lame aku buat tapi tak pena gune pown..erkk,npe aku xgune eh??sbb aku xreti la sebab tu aku x gune..tp skang da maju..hehe.. best plak main twitter nie.. syiok2~hehe.. jom2 follow aku dekat twitter..klik jew gambar bawah nie..dan follow (“,


doakan kesihatan aku yea~

Baru-baru nie aku pergi Hospital Sungai Buloh.. mesti ade orang tu nak taw sebab ape kan?? Wokey tak pela.. tak payah taw wokey.. aku tak mahu buat orang risau2 dengan keadaan aku.. juz doakan aku semoga cepat semboh jew wokey.. aku pergi Hospital aritu nurse dekat sane bagi tarikh untuk aku jumpe dengan Dokter Pakar.. Nurse tu pesan if aku sesak nafas teros pergi bahagian kecemasan tak perlu tunggu tarikh yang dye bagi tu.. sabarlah... dan terus bersabar... sakit.... biar ia bertambah sakit.. ia tak kan lama...


Sunday, September 4, 2011

Jenazah Noramfaizul Selamat di kebumikan

MOGADISHU: “Sebelum membuat liputan di kem penempatan berkenaan, kami berdua sempat bergambar di lokasi ‘Black Hawk (helikopter) down’ ditembak jatuh, selepas arwah beriya-iya mengajak bergambar di situ kerana katanya, entah bila kami akan dapat datang ke Somalia lagi,” kata Aji Siregar Mazlan, 26, jurukamera TV3 yang cedera dalam insiden yang turut meragut nyawa jurukamera Bernama TV, Noramfaizul Mohd Nor, 41, di sini, jam 10.30 malam, kelmarin.
Beliau dan arwah terkena tembakan dalam perjalanan pulang ke hotel penginapan selepas selesai membuat liputan Misi Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di sebuah kem penempatan rakyat Somalia, jam 5.30 petang (waktu Somalia).
Menurutnya, ketika kejadian, dia dan arwah serta lapan lagi rakan media yang tinggal di hotel berasingan dengan 47 lagi anggota misi menaiki dua kenderaan untuk pulang ke tempat penginapan dan bersiap sebelum dijadualkan bertemu Presiden Somalia (Sharif Ahmed) pada jam 9 malam.
Menceritakan tragedi itu, Aji berkata dia dan arwah duduk di bahagian belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda bersama empat lagi rakan media daripada TV3, Bernama TV dan ntv7, manakala empat kakitangan RTM menaiki kenderaan lain di depan, bersama kumpulan keselamatan.
Katanya, tembakan berlaku sebaik kenderaan membelok ke laluan masuk hotel dan mereka semua panik serta pemandu cuba memecut masuk tetapi ada halangan berikutan hotel itu mempunyai dua pagar kawalan keselamatan.
“Selepas berjaya masuk, beberapa orang di situ cuba memberi rawatan, namun gagal menyelamatkan nyawa Abang Faizul. Syukur saya hanya terkena serpihan tembakan yang mengorbankan arwah, jika tidak Tuhan saja yang tahu nasib saya.
“Arwah masih bernyawa selepas terkena tembakan, dia hanya mengerang kesakitan dan tidak mampu berkata apa-apa walaupun berkali-kali saya memanggil namanya,” katanya.
Aji berkata, ketika kejadian, dia mendengar satu tembakan sebelum berasa panas di lengan kanannya dan sebaik memeriksa mendapati lengannya luka seperti kesan terbakar.
“Saya kemudian menepuk paha arwah yang duduk di kanan saya untuk memberitahu perkara itu, namun arwah hanya diam dan sejurus itu juga kepalanya terlentok ke bahu saya.
“Ketika itu saya baru sedar arwah turut terkena tembakan dan saya nampak bahunya berlubang serta darah mula keluar dengan banyak,” katanya yang masih terkejut dengan tragedi itu.
Jenazah arwah bersama 54 lagi anggota misi bantuan, termasuk tiga wakil media daripada The New Straits Times Press (M) Bhd (NSTP), dibawa pulang ke tanah air menaiki pesawat C130 Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan dijadualkan tiba di Subang, hari ini.
Seramai 55 rakyat Malaysia, termasuk wakil media, berada di Mogadishu bagi menghulurkan bantuan makanan dan perubatan bagi rakyat Somalia yang menderita kebuluran.
Arwah antara 17 wakil media yang turut serta dalam misi berkenaan.
Sumber:Harian metro
"Takziah buat keluarga Allahyarham semoga keluarga mereka diberi kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian dariNYA dan semoga Allah mencucuri RahmatNya keatas Roh Allahyarham.Amin."
 .




Saturday, September 3, 2011

Harap semuanya berjalan lancar

Err.. first-first raye jew aku dah tak sihat..batok,selesema,sakit tekak.. dugaan-dugaan.. nasib baek raya ke-2 dah ok sikit tak terok macam raye pertama.. raya ke-2 aku raye dekat Tanjong Karang kampong belah mak aku.. bosan nye kad sane.. BB aku lak adek beradik aku gune masing-masing nak on9.. so never mind lahh.. tibe-tibe adik aku no-4 ajak pergi raye uma kawan dye.. so aku join la sekali.. adek aku cakap aku kena drive.. err.. driver.. aku dah terpikir kereta ape,keadaan jalan yg aku nak lalu,auto ke manual sebab aku manual lemah sikit dah lame tak drive..kereta yg aku drive kereta Kenari.. teros teringat dekat tettt.. pehh,penat gile dengan jalan jem nthen kereta manual nak kena main gear lagi.. nasib baik tak mati tengah jalan.. Alhamdulillah,terbaek la keluar ngan member-member adek aku..


Selamat Hari Raya

Assalamualaikum


      Dah nak seminggu raya baru nak cakap selamat hari raya? ok la tu. Dari tak ucap langsung. Raya kali nie bahagie sebab ade BB(blackberry). hehe... baju taon nie wane hijau. err..bia betol.. ikot hati nak warne pink,biru,purple... eh.. dah colourful la plak. Tapi tidak kesampaian.. so next time la..

Saya yang bernama Nur Amalina Binti Sabihuddin serta keluarga ,ingin memohon maaf atas segala salah dan silap.. Perkataan yang menggundang rasa,perbuatan yang melangkaui kata,sikap yang pelbagai makna... Dengan ucapan "Salam aidilfitri,maaf zahir dan batin.."