Baru-baru nie aku
pergi Hospital Sungai Buloh.. mesti ade orang tu nak taw sebab ape kan?? Wokey tak
pela.. tak payah taw wokey.. aku tak mahu buat orang risau2 dengan keadaan
aku.. juz doakan aku semoga cepat semboh jew wokey.. aku pergi Hospital aritu
nurse dekat sane bagi tarikh untuk aku jumpe dengan Dokter Pakar.. Nurse tu
pesan if aku sesak nafas teros pergi bahagian kecemasan tak perlu tunggu tarikh
yang dye bagi tu.. sabarlah...
dan terus bersabar... sakit.... biar ia bertambah sakit.. ia tak kan lama...
Thursday, September 8, 2011
Sunday, September 4, 2011
Jenazah Noramfaizul Selamat di kebumikan
MOGADISHU: “Sebelum membuat liputan di kem
penempatan berkenaan, kami berdua sempat bergambar di lokasi ‘Black Hawk
(helikopter) down’ ditembak jatuh, selepas arwah beriya-iya mengajak bergambar
di situ kerana katanya, entah bila kami akan dapat datang ke Somalia lagi,” kata
Aji Siregar Mazlan, 26, jurukamera TV3 yang cedera dalam insiden yang turut
meragut nyawa jurukamera Bernama TV, Noramfaizul Mohd Nor, 41, di sini, jam
10.30 malam, kelmarin.
Beliau dan arwah terkena tembakan dalam
perjalanan pulang ke hotel penginapan selepas selesai membuat liputan Misi
Bantuan Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia di sebuah kem penempatan rakyat
Somalia, jam 5.30 petang (waktu Somalia).
Menurutnya, ketika kejadian, dia dan arwah
serta lapan lagi rakan media yang tinggal di hotel berasingan dengan 47 lagi
anggota misi menaiki dua kenderaan untuk pulang ke tempat penginapan dan
bersiap sebelum dijadualkan bertemu Presiden Somalia (Sharif Ahmed) pada jam 9
malam.
Menceritakan tragedi itu, Aji berkata
dia dan arwah duduk di bahagian belakang sebuah kenderaan pacuan empat roda bersama empat
lagi rakan media daripada TV3, Bernama TV dan ntv7, manakala empat kakitangan
RTM menaiki kenderaan lain di depan, bersama kumpulan keselamatan.
Katanya, tembakan berlaku sebaik kenderaan
membelok ke laluan masuk hotel dan mereka semua panik serta pemandu cuba
memecut masuk tetapi ada halangan berikutan hotel itu mempunyai dua pagar
kawalan keselamatan.
“Selepas berjaya masuk, beberapa orang di situ
cuba memberi rawatan, namun gagal menyelamatkan nyawa Abang Faizul. Syukur saya
hanya terkena serpihan tembakan yang mengorbankan arwah, jika tidak Tuhan saja
yang tahu nasib saya.
“Arwah masih bernyawa selepas terkena
tembakan, dia hanya mengerang kesakitan dan tidak mampu berkata apa-apa
walaupun berkali-kali saya memanggil namanya,” katanya.
Aji berkata, ketika kejadian, dia mendengar
satu tembakan sebelum berasa panas di lengan kanannya dan sebaik memeriksa
mendapati lengannya luka seperti kesan terbakar.
“Saya kemudian menepuk paha arwah yang duduk
di kanan saya untuk memberitahu perkara itu, namun arwah hanya diam dan sejurus
itu juga kepalanya terlentok ke bahu saya.
“Ketika itu saya baru sedar arwah turut
terkena tembakan dan saya nampak bahunya berlubang serta darah mula keluar
dengan banyak,” katanya yang masih terkejut dengan tragedi itu.
Jenazah arwah bersama 54 lagi anggota misi
bantuan, termasuk tiga wakil media daripada The New Straits Times Press (M) Bhd
(NSTP), dibawa pulang ke tanah air menaiki pesawat C130 Tentera Udara Diraja
Malaysia (TUDM) dan dijadualkan tiba di Subang, hari ini.
Seramai 55 rakyat Malaysia, termasuk wakil
media, berada di Mogadishu bagi menghulurkan bantuan makanan dan perubatan bagi
rakyat Somalia yang menderita kebuluran.
Arwah antara 17 wakil media yang turut serta
dalam misi berkenaan.
Sumber:Harian
metro
"Takziah buat keluarga Allahyarham semoga
keluarga mereka diberi kekuatan dan kesabaran dalam menghadapi ujian dariNYA
dan semoga Allah mencucuri RahmatNya keatas Roh Allahyarham.Amin."
.
Saturday, September 3, 2011
Harap semuanya berjalan lancar
Err.. first-first
raye jew aku dah tak sihat..batok,selesema,sakit tekak.. dugaan-dugaan.. nasib
baek raya ke-2 dah ok sikit tak terok macam raye pertama.. raya ke-2 aku raye
dekat Tanjong Karang kampong belah mak aku.. bosan nye kad sane.. BB aku lak
adek beradik aku gune masing-masing nak on9.. so never mind lahh.. tibe-tibe
adik aku no-4 ajak pergi raye uma kawan dye.. so aku join la sekali.. adek aku
cakap aku kena drive.. err.. driver.. aku dah terpikir kereta ape,keadaan jalan
yg aku nak lalu,auto ke manual sebab aku manual lemah sikit dah lame tak
drive..kereta yg aku drive kereta Kenari.. teros teringat dekat tettt.. pehh,penat
gile dengan jalan jem nthen kereta manual nak kena main gear lagi.. nasib baik
tak mati tengah jalan.. Alhamdulillah,terbaek la keluar ngan member-member adek
aku..
Selamat Hari Raya
Assalamualaikum
Wednesday, August 24, 2011
BlackBerry Curve 9300
Hampir separuh dari budak kelas aku gune BB(blackberry). mule2 ak nak pakai iphone..pastu tak jadi la plak..so aku amk keputusan amk BB. now aku pakai BB. 24 jam on9. syiok2 ade BB. buat peganti BF aku. sentiase berkepit 24 jam. Best jugak pakai BB nie. Harge BB aku mahal derr..huhu.. tapi aku rase cm nak jual BB lak.. sebab dekat pasaran BB nie tengah howt..so sape-sape nak beli BB tell me wokey..
I luv u BB..yeayy dapat raye ngan BB taon nie..suke2..
Subscribe to:
Posts (Atom)


