Tuesday, May 21, 2013

Done my PRAKTIKAL!


Huh. Lamanye aku tak update blog. Maaf, sebab sibuk sangat2 sampai takde masa nak bukak blog. Hehe. Walaupun benda nie dah lama. Tapi nak cerita jugak! Tak kira. Hehe. Bila dah abis praktikal nie. Seriously, rindu gila anak murid. Setiap murid ada kenangan.
Aku praktikal dekat Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail (2) tapi bahagian prasekolah. Prasekolah tu apa? Prasekolah tu ala yg ngajar budak tadika tu. Anak murid umur 6 tahun satu kelas ada 25 orang murid. Dekat sekolah tu memang ada satu kelas jew. Anak murid sgt mencabar. Macam2 perangai ada. Harap maklum la budak kecik. Ramai orang cakap “ala mengajar budak kecik senang jew”. Eh2, meh sini try ajar tgk senang ke tak. Diorang taw nak main, main dan main.
Tapi semua tu adalah pengalaman yang paling berharga dalam hidup aku. Walaupun kadang-kadang tension, tak cukup tidur apa semua. Tapi kadang-kadang anak murid nie la buat kita gelak sebab melayan perangai diorang semua nie dapat melupakan masalah buat seketika.
Setiap hari rabu aku kena balik lambat sebab kena libatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. So dapat la bergaul dengan cikgu-cikgu yang lain. Alhamdulillah, semua cikgunya baik-baik. Dengan menyertai aktiviti kokurikulum tu juga dapat menambah anak murid lagi. Hehe.
Last day praktikal, sangat-sangat sedih nak berpisah dengan prasekolah SK TTDI(2). Terima kasih SKTTDI(2) yang beri kerjasama sewaktu aku berpraktikal, tak lupa kepada guru pembing, cikgu Ema atas tunjuk ajar cikgu,  pembantu prasekolah iaitu Kak Hani sebab selalu masak makanan yang sedap-sedap dan pelajar-pelajar prasekolah SKTTDI(2) .  Good bye anak murid, belajar elok-elok ada masa kita jumpa lagi k. tak lupa juga bestie aku iylia partner praktikal yang susah senang sama-sama.















2 comments:

RinaRee said...

salam..saye pun stdnt unisel jgak..
hurmm..next sem praktikal..tp skrg pon dah rase tkot..sbb xde prtner prktikal nnti..

amalyna said...

owh yeke... mula2jew nervous. lame2 ok. heheh. good luck yea :)