Sunday, March 18, 2012

Hotlink BAGUS Pelan Pra Bayar Terbaru dari Maxis

Hai blogger, follower and stalker.. aku sekarang pakai youth club.tapi tinggal lagi setahun nak tamat tempoh. Tau-tau sekarang Hotlink dah ada pelan prabayar baru Hotlink BAGUS. Aku baru tahu! Pelan prabayar baru Hotlink BAGUS ni menawarkan kadar panggilan pada harga serendah 12 sen seminit, 1 sen untuk SMS, boleh surf internet dan dapat penjimatan untuk panggilan ke luar negara.Nampak macam best. Aku ingat nak beli.. nak pakai untuk fon blackberry aku..


Semua pelanggan prabayar Hotlink yang sedia ada dan pelanggan baru boleh berjimat dan dapat manfaat dengan pelan prabayar Hotlink BAGUS. Pelanggan sedia ada boleh upgrade ke pelan Hotlink BAGUS dengan menaip *108*21# di telefon mudah alih masing-masing dan akan dikenakan caj pertukaran sebanyak RM1 untuk nikmati kadar rendah yang ditawarkan oleh Pelan Hotlink BAGUS. Bagi pelanggan baru pula hanya perlu beli pek permulaan atau starter pack ‘BAGUS’ yang berharga RM5 sahaja.
Untuk mengetahui lebih lanjut info tentang pelan prabayar baru Hotlink ni dan macam mana nak dapatkan starter pack Hotlink BAGUS, boleh singgah di mana-mana kedai Hotlink yang berdekatan atau boleh layari laman web.

Saturday, March 3, 2012

Vanila Coklat


Hai blogger, follower and stalker.. Vanila Coklat.. Vanila Coklat.. ape tu? Baru aku taw citer tu best sangatsangat.. mulamula dengar kawankawan aku cerita pasal Vanila Coklat.. lepas tu dekat FB ramai yang update kad status pasal Vanila Coklat.. so ade satu malam nie aku tidor sorangsorang.. sebab roommate aku tidor uma member dye sempena burfday kak lisa.. aku nie dah la penakut.. so malam tu aku tak boleh nak tidor.. so aku ape lagi try tengok citer Vanila Coklat nie.. serius memang best giler.. sampai tak sedar aku tengok citer tu sampai pukul 7 pagi.. nasib baik pagi tu takde kelas.. so pukul 7 pagi baru aku tidor.. hehe..


“Vanila Coklat mengisahkan tentang Zara, 19 tahun dan Aamir, 20 tahun yang sedang menuntut di Institut Pengajian Tinggi. Zara dan Aamir saling membenci antara satu sama lain dan masing-masing sudah mempunyai kekasih. Aamir sering mengusik Zara kerana Zara merupakan pelajar cemerlang dan pelajar contoh di kolej manakala Zara membenci Aamir kerana baginya, Aamir seorang kaki perempuan.”