Thursday, December 22, 2011

Melecet



Ouch!! Nie lahh akibatnya kalau pakai kasut baru mesti melecet.. abis kaki aku merah-merah.. arinie berjalan banyak sangat.. sampai tuka kasut ngan kawan aku sebab tak tahan melecet tu.. k la penat nak rehat.. kbai ;)

Wednesday, December 21, 2011

Duit Malaysia dah warna warni



KAKITANGAN Bank Negara, Noor Aimah Mohd Nor, 32, menunjukkan nota wang kertas Malaysia yang terbaru termasuk nota wang kertas RM20 yang baru sempena Majlis Pelancaran Matawang Malaysia Terbaru di Kuala Lumpur.

Sumber ; Harian Metro

 wahh!!dah de cm2 clour la.cm duit mainan pn de.tpi cntik la..!!msti rmai yg xsbar nk dptknnya.

Tuesday, December 20, 2011

Pelajar UNISEL bunuh diri

Hai para blogger, follower dan stalker.. terkejut aku bila balik-balik hostel member aku ckp..

“am, nak taw and tengok something tak?”

“asal,korang nak tunjuk aku gambar hantu ke ? dah malam kowt..”

“bukan..”

Korang taw member aku tunjuk gambar ape ? sekali keluar gambar pelajar UNISEL tengah gantung diri.. eh,bertuala je.. lepas tengok terus rasa nak muntah.. 



(gambarnya aku tak dapat nak masuk kan..tak sanggup aku melihatnya)

Untuk pengetahuan korang.. ye!! Aku study dekat UNISEL.. tempat pelajar UNISEL yang bunuh diri.. tak silap aku pelajar nie baru sem 1, bangsa India.. ada yang kata pelajar nie bunuh diri sebab masalah keluarga, putus cinta.. aku pown tak tahu yang mana betul.. biarlah polis yang selesaikan..

Lepas aku tengok gambar pelajar tersebut.. malam tu member aku ajak tidur uma dye.. hmm, tak pelah.. blok dye dekat ngan blok pelajar tersebut.. memang tak lahh aku nak pergi blok diorang.. hope ramai yang tak buat andaian pasal isu nie..biar polis yang selesaikan..

Saturday, December 17, 2011

Ariff Alfian Rosli, Pelajar Tajaan PETRONAS Kahwini Teman Lelaki Di Dublin



Terima kasih kepada para blogger, follower dan stalker kerana sudi membaca entry ini.. mesti korang terkejutkan dengan entry ini.. ini lah yang berlaku pada zaman sekarang..

Ini kisah Ariff Alfian Rosli yang sedang mencipta nama di Malaysia.. satu kenyataan dan gambar yang di hantar ke Twitter oleh AyshaRidzuan telah mencetuskan kontroversi kerana mendedahkan seorang pelajar Malaysia tajaan PETRONAS yang telah berkahwin.. kalau dia nie berkahwin dengan perempuan takpe.. tapi Ariff Alfian Rosli telah pun berkahwin dengan seorang lelaki yang di khabarkan bernama Jonathan di Dublin, Ireland..

Kita sama-sama doakan semoga Ariff Alfian Rosli pulang ke pangkal jalan dan bertaubat..





Sunday, December 11, 2011

Lagu BUNKFACE di haramkan


Hai para blogger, follower dan stalker.. cube korang bace tajuk entry nie.. serius terkejutkan ? aku nie dah la peminat setia BUNKFACE.. sedih aku dengar bila lagu BUNKFACE di haramkan..
Penyanyi utama kumpulan BUNKFACE, Sam atau Shamsul Annuar Baharum terkilan bila lagu Panik diharamkan daripada disiarkan di semua saluran Radio Televisyen Malaysia (RTM).. Sam berkata, pihaknya diberitahu oleh RTM bahawa lagu itu tidak akan dimainkan di stesen radio milik kerajaan itu kerana mempunyai perkataan “reformasi” dalam liriknya.. itu pown jadi isu.. pelik lahh..adoiii~
Hanya kerana penggunaan perkataan reformasi dalam lagu tersebut Panik diharamkan walaupun itu bukan lagu berunsur politik.. kalau la perkataan reformasi itu terus merujuk kepada peristiwa yang pernah diwujudkan kalau camtu perkataan tu kena buang la daripada kamus dewan bahasa dan pustaka..
Hope BUNKFACE teruskan perjuangan diorang.. aku tetap support BUNKFACE..
i luv u BUNKFACE ! kbai ^_^






Friday, December 9, 2011

Dingin La venda



Hai para blogger, follower dan stalker.. malam nie jangan lupa tengok Slot Zehra yang bertajuk Dingin La Venda di Tv 3 !! Bermula 9 Disember, Jumaat, Pukul 9 malam.. Sebenarnya, Drama Dingin La Venda ini diadaptasi dari sebuah novel yang bertajuk;Dingin Salju Indiana karya Nurulsham Saidin.. antara pelakon yang terlibat dalam drama terbaru ini adalah Eira Syazira, Zarina dan Faralyna Idris.. tak silap yang buat skrip drama nie Ummuhani Abu Hassan.. serius bila dengar penulis skrip drama nie.. tak sabar aku nak tengok.. sebab aku minat novel-novel yang dye tulis..


Nak tahu lebih lanjut jom klik page nie..
Selamat Menonton ^_^


Wednesday, December 7, 2011

Tentang Dhia



Seriously aku minat sangat ngan cerita nie.. sebab cerita nie mengisahkan ketabahan seorang wanita.. walaupun dye macam-macam masalah menimpa dye.. dye still kuat.. yup!! Air mate dapat mengurangkan kesedihan..

Bermula kisah sedih cinta tiga segi antara Dhia lakonan Nora Danish dan dua orang lelaki yang sangat dicintainya Raffi (lakonan Irfan Roslan) dan Azmi (lakonan Ako Mustapha).. Dhia dicemburui oleh Melly (Izreen Azminda) kerana Dhia menjadi rebutan dua lelaki tersebut..

Dhia seorang gadis kampong yang disukai ramai sebab perwatakan yg ayu, cantik dan lemah lembut.. Dhia dah lame bercinta dengan Azmi.. tapi Raffi menaruh perasaan dekat Dhia..

Dhia bakal melangsungkan pertunangan dengan Azmi.. Raffi sedih tapi redha dengan keputusan Dhia..
Kisah sedih Dhia bermula bila Melly cuba memerangkap Raffi dengan memaksa Raffi menidurinya dalam keadaan mabuk.. Melly mengandung tp Raffi taknak bertanggungjawap.. Melly cuba memerangkap Azmi dan akhirnya mereka ditangkap khalwat.

Dhia terkejut dan kecewa amat sangat apabila mengetahui tentang hal itu, lebih lebih lagi majlis pertunangan sudah hampir. Dhia yang jujur dan baik hati sanggup memaafkan Azmi dan mereka bertunang juga akhirnya. Melly tak mengaku kalah dia menyerang Azmi semasa majlis pertunangan dan mahu Azmi bertanggungjawab. Melly berjaya disatukan dengan Azmi tanpa kerelaan Dhia.


Dalam keadaan masih sedih mengenangkan nasibnya ,Dhia didatangi pula Zikir  dalam hidupnya. Zikir seorang arkitek dari Kuala Lumpur.


Perkenalan Zikir dengan Dhia bermula apabila Zikir berkunjung ke kampung Dhia kerana Zikir menziarahi pengebumian  kawan baiknya. Di situlah Zikir jatuh cinta pandang pertama dengan Dhia. Zikir sebenarnya digilai oleh Rose (lakonan Tasha Shila).


Ok sama sama nantikan drama Akasia Tentang Dhia , 26 episod di TV3 jam 7 malam.
Kbai ^_^

Selena Gomez dan Justin Bieber follow twitter aku

Hai blogger, follower dan stalker ^_^ cube bace tajuk entry aku nie betul-betul.. caye tak ? mesti tak kankankan ? takpe-takpe tak pakse suruh korang percaya pown.. tapi tu la kenyataan nye.. hehe.. jangan jelez ok ? mula-mula aku pon tak caye tapi dah dye yang follow aku nak buat macam mane.. aku tak pakse pon.. hehe.. cube klik gambar bawah nie untuk tumbesaran buktinye..



So camne pecaye tak? Hihi.. jom follow aku dekat twitter.. CHILL ^_^



kbai

Tuesday, December 6, 2011

Bahasa Singkatan


(Pinjam dengan Encik Google)

Assalamualaikum Selamat Pagi, Tengah Hari, Petang dan Malam kepada murid-murid Blogger, Follower dan Stalker.. arinie Cikgu Kecik nak ajar Bahasa Singkatan.. eh-eh, mengarut pulak.. mane la datangnya Bahasa Singkatan nie.. ish3, tu la..zaman da maju.. murid-murid sekalian sila ambil perhatian ye.. nanti takde la menyusah kan korang kalau ade yang menggunakan Bahasa Singkatan nie..

1)APTB = apa pown tak boleh
2)LMAO = Laugh My Ass Off
3)ROFL = Rolling On the Floor Laughing
4)AFK = Away From Keyboard
5)BRB = Be Right Back
6)FYI = For Your Information
7)LOL = Laugh Out Loud
8)TY = Thank You
9)LMFAO- laughing my fucking ass off
10)WTF- what the fuck
11)WTV- whatever
12)WTH-what the hell
13)WTDH- what the damn hell
14)P/S- post script
15)OMG- oh my god
16)SOB- son of a bitch
17)WML- wish me luck
18)GG- good game
19)GTG- got to go
20)JK- just kidding
21)CMIIW = Correct Me If I'm Wrong
Bahasa Singkatan yang terakhir adalah; 22)CKC = Cikgu Kecik Comel ^_^

Ok.. setakat ini sahaja cikgu mengajar.. sekian terima kasih ^_^


Sabar wahai student UNISEL

Dari malam tadi aku go through tengok wall UNISEL.. ramai student dah bising pasal result exam tak keluar lagi.. ohh.. kelas start minggu depan.. tapi result tak keluar lagi.. mula-mula kata 1 aribulan.. pastu tangguh 6 aribulan.. now tangguh buat kali ke 3 UNISEL tangguh cakap 8 aribulan pulak keluar.. silap-silap sampai bukak sem result tak keluar-keluar.. bila result tak keluar susah student nak buat idaftar.. ohh.. sungguh menguji kesabaran betol..






Disebabkan aku bosan dengan janji-janji UNISEL.. jadi aku buat lagu ala-ala versi Cinta Muka Buku-Najwa Latif.. khas untuk Student UNISEL.. ENJOY !!

Kita berkenalan hanya dalam laman student portal
Kau hantar pesan dan suruh aku tengok kamu
ooh.. Hati ku rasa sesuatu..

Dan pabila kau kata result delay lagii,
Ku gelisah berdebar hati tak menentu
Ohh..benarkah rasa itu,
Sampai bila harus menunggu,ku rasa menunggu
Itu sangat indah,ohh..benarkah rasa itu..

Bagaimana harus bersabar
bila result delay lagi
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah aku menunggu result
Walaupun aku dah penat menunggu

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak rasa bengang hati pula kata benci
Hidup tak menentu adakah ini debarannya

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja


Pabila result masih delay lagi
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo…
Ini result unisel
Dan pabila kau katakan result delay lagi
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo…
Itulah result exam unisel, result exam unisel ..

Bagaimana harus bersabar
bila result delay lagi
Ku rasa gementar tapi bahagia
Perlukah aku menunggu result
Walaupun aku dah penat menunggu

Banyak persoalan yang berada di minda
Banyak tanda tanya dan juga kata kerja
Otak rasa bengang hati pula kata benci
Hidup tak menentu adakah ini debarannya

Banyak soalan banyak juga jawapannya
Kata hati dan rasa tak dibiar saja
Setiap yang berlaku ada kebaikannya
Harus pejam mata dan cuba apa saja
Pabila result masih delay lagi
Ku rasa sesuatu rasa yang ku tak tahu Oooo…

Ini result unisel
Dan pabila kau katakan result delay lagi
Ku terdiam terkedu tak tahu mana nak tuju Oooo…
Itulah result exam unisel, result exam unisel ..

Nyanyi ikut tone najwa latiff
Cinta Muka Buku
*enjoy the song =)


Selamat Hari Jadi MakCik



Arinie burfday my untie yang si cantek molek .. tengok gambar kami nie cam sebaye kan?? Hihi.. OPSS!! Tak boleh ngorat ye.. sian pakcik saya nanti.. makcik.. selamat hari jadi.. semoge allah melindungi makcik selalu.. hope cepat-cepat dapat baby..  Hope ur wishes will become True.. makcik nanti balik rumah atok jangan lupe bawak kek Secret Recipe tawtawtaw.. lame tak makan nie.. hihi.. I luv u lahh makcik.. mmuahh

Saturday, December 3, 2011

Contest My Top referral by Amira Studio

Woot~woot.. jom join Contest.. hadiahnya semua best~best..  btw, nak cuba nasib dengan Contest top referralby Amira Studio ni... klik gambar bawah nie wokey kalau nak taw hadiah dye..

Tarikh tutup pada 31 Dis 2011.cepat~cepat sape lambat nanti tak dapat!!

Friday, December 2, 2011

Zarith Nadhira Binti Mohamad Zikri (Rara Zikry)


Tadi masa tengah go through tengok wall kad FB and timeline twitter.. ternampak satu link direct yang menceritakan tentang Rara Zikry.. aku rase mesti ramai yang tak kenal Rara Zikry nie sape.. She’s not a public figure.. But she’s just a girl who need help from us.. Yesss!! From all of us..

Sebenarnya aku sendiri tak kenal siapa Rara Zikry.. tapi lepas bace dari sini.. baru aku taw sape dye.. Al-fatihah..semoge roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama golongan mukmin.. Kepada ahli keluarga,kenalan dan sahabat handai beliau diharapkan semoge bersabar dan menerima pemergian beliau dengan redha..




Rara Zikry atau Zarith Nadhira binti Mohamad Zikri.Mungkin ramai dah tahu kisah dia.Cantik dan sempurna ciptaan Allah ini.Tapi dalam waktu yang singkat disebabkan serangan asma,hidup beliau terus bertukar 360 darjah.Siapa dapat menyangkal kuasa Allah bila menetapkan sesuatu untuk terjadi?Bila tiba saati itu,kita tidak dapat berbuat apa-apa,tentu ada rahmatnya.Yakin dan percayalah.
On 19th of March 2010, Zarith Nadhira went into coma for 2 months due to a mild asthma. Initially she was admitted at Darul Ehsan Medical Centre Shah Alam, subsequently referred to Subang Jaya Medical Centre, was admitted in ICU. Alhamdulillah she woke up from coma but was unable to speak or communicate with her parents, relatives & friends. She needs to be fed through a tube at her lower abdomen.

Friday, November 25, 2011

aku redha dengan ketentuanmu *CHILL



Ya allah.. sungguh besar dugaan mu kali nie.. semalam pergi Hospital Sungai Buloh.. semua keputusan telah terjawab.. nak ke tak nak aku kena redha dengan keputusan Dokter semalam.. semalam aku kena X-ray buat kali kedua.. lame jugak aku kad Hospital.. dari tengah hari sampai petang aku dekat sane.. terima kasih emak sanggup menempuhi ujian seberat ini..

Balik-balik uma masuk toilet teros nangis.. padahal dalam kereta dah nangis awal-awal.. mungkin aku tak sedia lagi nak hadapi semua nie.. tapi aku nak atok nak pelok nak nangis dekat atok.. walaupun dah jumpe atok sekejap pown tetap rindu.. mase waktu makan malam abah tanye Dokter cakap aku.. aku tak sanggop nak cakap sebab aku tak terdaya nak berkata-kata.. biar mak jew la yang cakap…lepas makan aku teros masuk bilik.. kepale sakit sangat..

Lagi 3 bulan aku kena pergi hospital balik.. adakah aku kena buat PEMBEDAHAN?? Semua nya aku berserah.. ape nak jadi-jadi lah.. aku redha~ terima kasih allah.. :)

Wednesday, November 23, 2011

Good Luck Kak E.g


nie lah dye Kak E.g.. baru berjinak-jinak berblog dan twitter.. Kak E.g nak belajar twitter sebab ade artis  yg Kak E.g minat reply tweet dye.. teros excited nak bertweet.. hehe.. masa tengok bola Malaysia lawan Indonesia tiba-tiba Kak E.g nie tanye macam mana nak buat blog.. aku tengah sakit jantung tengok Malaysia tak goal-goal.. hehe.. tapi tak pelah.. orang dah minta tolong kita kena tolong dengan ikhlas :)

terharu bila Kak E.g buat ENTRY tentang aku.. hehe.. so sweet!!

Tuesday, November 22, 2011

TAHNIAH MALAYSIA .. Auuummm!!

Go Tigers!! Hidup Harimau Muda! Malaysia Boleh!! Tahniah Malaysia.. memang giler la tengok bola semalam.. sakit jantung aku di buatnya.. Malaysia berjaya menewaskan Indonesia dalam perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA di Stadium Utama Gelora Bung Karno, Jakarta dengan sepakan penalti 4-3 setelah kedudukan pasukan terikat 1-1 .
Alhamdulillah kita berjaya.. semoga emas yang dibawa pulang dalam sukan bola sepak ini menjadi semangat kepada pasukan dan rakyat Malaysia untuk perlawanan dimasa akan datang. Tahniah sekali lagi pasukan Malaysia.


Monday, November 21, 2011

Tamat sem 4


Lamanya tak update blog.. bz dengan assmt.. nie baru abis final exam.. Alhamdulillah.. biasela.. nama exam.. mesti ade yg susah dan ade yang senang.. jadi jawap jew la kan.. aku study sampai pukul 3,4 pagi.. pastu pukul 9 mula exam.. dah biase.. so tak kesah.. kali nie aku cuti sem kejap jew.. seminggu jew.. kejap kan?? Kawan-kawan aku yang lain ade yang cuti 3 minggu dan ade yg sebulan.. tapi xpe la.. cuti seminggu nie aku nak guna kan dengan sebaik-baiknya.. kbai !!



Thursday, October 20, 2011

untungnya pakai jam dekat tangan kanan =)

mesti ramai nak tahu kan kenapa untung.. haha.. tak semua orang pakai jam dekat tangan kanan kan?? Sebaliknya ramai yang pakai jam dekat tangan kiri.. aku memang suke pakai jam dekat tangan kanan.. dah terbiasa kot.. huhu.. aritu dekat unisel ade buat berebut hamper.. so kebetulan dye kate sape pakai jam dekat tangan kanan boleh amik.. sape cepat dye dapat.. aku pown lari la.. sebab aku pakai jam dekat tangan kanan..huhu.. so memang untunglahh ceritanya =)


Teater

Lamanya aku tak update blog. Bz dengan assmt.. assmt sem nie laen dari yang lain.. sem nie kena wat assmt dalam bentuk teater.. mean kena belakon.. so ade teater sem nie aku kena buat.. nak ke tak nak kena buat jugak.. sebab ade markah.. dekat bawah nie antara gambar-gambar masa teater.



 
teater si kodok






Teater cinderela..dapat tempat ke-4..menang dalam pakaian paling terbaik ;)




Friday, October 7, 2011

Fida putus dengan Mamat sepah



Baru sahaja ditendang keluar dari kumpulan sepah yang diubah menjadi sepahtu, kini satu lagi peristiwa malang untuk Mamat sepah apabila Fida membuat pengakuan yang beliau sudah memutuskan percintaannya dengan Mamat, OMG!  Ai Fida baru je bercinta beberapa hari dah putus? jom dengar apa kata Fida.

Status hubungan sekarang selepas isu gambar nampak rambut. “Hubungan kami sebelum ini sebenarnya tergantung & memang itu keputusan kami bersama untuk meredakan keadaan yang nampak semakin rumit ketika itu”
“Tetapi, selepas di’fikirkan balik, Fida buat keputusan sendiri di’sebelah pihak Fida yang hubungan ini perlu di’putuskan sekarang atau situasi akan menjadi lebih buruk”
Adakah keputusan ini berpunca semata kerana isu gambar atau ada faktor lain?
“Isu gambar saya yang Mamat sebarkan itu adalah salah satu faktor dan ada beberapa faktor peribadi lain yang membuatkan Fida menarik diri dari hubungan ini”
“Mamat baik sebenarnya. Kalau kenal rapat, dia memang baik tetapi buat masa sekarang biarlah Fida tumpukan kepada karier, keluarga & perniagaan Fida sahaja”
Fida buat keputusan ini tanpa berbincang dengan Mamat, tidak takut Mamat marah kerana tahu melalui media?
“(Ketawa) Fida harap dia faham keputusan Fida. Itu sahaja & kami bukan’nya ada hubungan sah macam suami isteri atau apa apa dan keputusan ini untuk kebaikan Mamat juga. Kami baru mahu menapak dalam dunia seni”
Ada pesanan untuk Mamat kalau kalau dia membaca tulisan kami?
“Fida harap di’masa akan datang kalau kita di’jodohkan dalam satu projek bersama, kita berdua boleh bekerja secara professional dan tidak biarkan apa yang terjadi ganggu kerja kita berdua”
Apa akan jadi pada Mamat lagi selepas ini, kasihan juga kepada Mamat, dah la baru jer ditendang dari sepah kini gadis yang dicinta pun mula melangkah kaki, Mamat oh Mamat apa yang kau dah buat nie. Ini serius Mamat….

Tuesday, September 20, 2011

Aku cinta dia dalam diam =)


Bila aku belum bersedia melangkah lebih jauh dengan seseorang . cukuplah aku menyintai dalam diam . sebab diamku adalah salah satu bukti cinta padanya . sebab diamku bukti setia padanya . sebab dalam diamku tersimpan kekuatan . kekuatan harapan .  hingga mungkin ALLAH akan membuat harapan itu menjadi kenyataan .  sebab ALLAh kan tak kan pernah memutuskan harapan kita yang berharap padanya .  dan jika memang 'Cinta Dalam Diamku'  itu tak memiliki kesempatan untuk berbicara di dunia nyata, biarkan ia tetap diam ... Jika dia memang bukan milikku, Allah, melalui waktu akan menghapus 'Cinta Dalam Diamku' itu dengan memberi rasa yang lebih indah dan orang yang tepat ... Biarkan 'Cinta Dalam Diamku'  itu menjadi memori tersendiri dan sudut hatiku menjadi rahsia antara aku dengan Sang Pemilik hatiku ... Cintailah ia dalam diam, dari kejauhan, dengan kesederhanaan dan keikhlasan... bersabarlah... berdo'alah... berpuasalah...



Thursday, September 8, 2011

Twitter


Eh ape twitter tu?? Da lame aku buat tapi tak pena gune pown..erkk,npe aku xgune eh??sbb aku xreti la sebab tu aku x gune..tp skang da maju..hehe.. best plak main twitter nie.. syiok2~hehe.. jom2 follow aku dekat twitter..klik jew gambar bawah nie..dan follow (“,