Wednesday, December 7, 2011

Tentang Dhia



Seriously aku minat sangat ngan cerita nie.. sebab cerita nie mengisahkan ketabahan seorang wanita.. walaupun dye macam-macam masalah menimpa dye.. dye still kuat.. yup!! Air mate dapat mengurangkan kesedihan..

Bermula kisah sedih cinta tiga segi antara Dhia lakonan Nora Danish dan dua orang lelaki yang sangat dicintainya Raffi (lakonan Irfan Roslan) dan Azmi (lakonan Ako Mustapha).. Dhia dicemburui oleh Melly (Izreen Azminda) kerana Dhia menjadi rebutan dua lelaki tersebut..

Dhia seorang gadis kampong yang disukai ramai sebab perwatakan yg ayu, cantik dan lemah lembut.. Dhia dah lame bercinta dengan Azmi.. tapi Raffi menaruh perasaan dekat Dhia..

Dhia bakal melangsungkan pertunangan dengan Azmi.. Raffi sedih tapi redha dengan keputusan Dhia..
Kisah sedih Dhia bermula bila Melly cuba memerangkap Raffi dengan memaksa Raffi menidurinya dalam keadaan mabuk.. Melly mengandung tp Raffi taknak bertanggungjawap.. Melly cuba memerangkap Azmi dan akhirnya mereka ditangkap khalwat.

Dhia terkejut dan kecewa amat sangat apabila mengetahui tentang hal itu, lebih lebih lagi majlis pertunangan sudah hampir. Dhia yang jujur dan baik hati sanggup memaafkan Azmi dan mereka bertunang juga akhirnya. Melly tak mengaku kalah dia menyerang Azmi semasa majlis pertunangan dan mahu Azmi bertanggungjawab. Melly berjaya disatukan dengan Azmi tanpa kerelaan Dhia.


Dalam keadaan masih sedih mengenangkan nasibnya ,Dhia didatangi pula Zikir  dalam hidupnya. Zikir seorang arkitek dari Kuala Lumpur.


Perkenalan Zikir dengan Dhia bermula apabila Zikir berkunjung ke kampung Dhia kerana Zikir menziarahi pengebumian  kawan baiknya. Di situlah Zikir jatuh cinta pandang pertama dengan Dhia. Zikir sebenarnya digilai oleh Rose (lakonan Tasha Shila).


Ok sama sama nantikan drama Akasia Tentang Dhia , 26 episod di TV3 jam 7 malam.
Kbai ^_^

7 comments:

BeaN MorENo said...

hm...dah dua hari tak layan

Saddila said...

ramai ahli keluarga yang tgk . diorang kata best .
tapi dila tak layan langsung . haha

selamat menonton :))

Cik Muda Sae said...

ye ye ye . . . best la jugak. tp lum setanding nora elena lagi rasanya...huhuhu~

Cikgu Fikri said...

hahhahaha..
suka tgk watak mak mertua dhia..
agka jahat..tp, lawak gak..
huhuhuh :)

Cik Ziera said...

dhia comel sngt pakai tudung..
ptt zikir cinta..hehe

NHMS said...

rmai kot ske tgok cite nie..
nk try tgok la skali. . :)

amalyna said...

@BeaN MorENo;takpe2..lepasnie jgn lupe tgk yea :)

@saddila;sekali tengok mesti nak tengok lagi.. cube la :)

@Cik Muda Sae;mungkin lahh kowt..hehe :)

@Cikgu Fikri;yea2 taw xpe..hehe ;)

@cik ziera;dhia mmg comel..hehe