Monday, October 14, 2013

Umobile

Masuk bulan nie dah 2 bulan aku pakai line umobile. Disebabkan sim maxis  yang aku guna mcm mahal jew. Nie semua gara2 sim maxis yg problem. Tapi nasib baik ada umobile. Seriously, tersangat lah murah. If msg umobile dengan umobile kejap2 dapat msg free. Then tiap kali topup dapat msg and call free. So akan setia dengan umobile. Harap maklum ekonomi sekarang makin meningkat naik. So kena la berjimat cermat.

Monday, October 7, 2013

astrid - mendua

Ku tak habis kurangku dimana
Kau tega melepaskan aku
Jauh ku menatap namun terlalu jauh
Imajinasiku terberai
Terdiam aku beku tanpamu
Dimanakah letak hatimu
Kau putuskan tuk mendua
Dengan dia di belakangku
Padahal ku pilih kamu
Jadi cinta terakhir
Ku tak habis kurangku dimana
Kau tega melepaskan aku
Jauh ku menatap namun terlalu jauh
Imajinasiku terberai
Terdiam aku beku tanpamu
Dimanakah letak hatimu
Kau putuskan tuk mendua
Dengan dia di belakangku
Padahal ku pilih kamu
Jadi cinta terakhir
Kau putuskan tuk mendua
Dengan dia di belakangku
Padahal ku pilih kamu
Jadi cinta terakhir
Kau putuskan tuk mendua
Dengan dia di belakangku
Padahal ku pilih kamu
Jadi cinta terakhir, jadi cinta terakhir

Monday, September 9, 2013

7 TIPS JIMAT MINYAK

1. Penuhkan minyak

Apabila tangki minyak penuh, ruang untuk udara menjadi kurang. Minyak meruap dengan pantas. Isi minyak dengan perlahan. Jangan tekan nozzle tu kuat sangat. Minyak yang bercampur dengan udara akan lebih cepat terbakar.

2. Kurangkan laju

Bawa dengan kelajuan yang konsisten. Kalau 70, cuba kekal 70 saja. Jangan tekan minyak selalu secara mendadak.

3. Tayar

Bila kita gunakan tayar yang saiznya lebih lebar, lebih minyak akan digunakan. Ini kerana lebih tenaga diperlukan untuk menggolek rintangan tayar yang lebar.

4. Letakkan kereta di tempat teduh

Kereta akan mudah kembali sejuk selepas kita mulakan pemanduan.

5. Angin tayar

Selalu periksa angin tayar. Kapisiti angin yang betul akan melancarkan putaran tayar dan mengurangkan penggunaan minyak.

6. Kurangkan beban

Bersihkan kereta. Apa saja barang yang tak diperlukan keluarkan daripada kereta. Tahukah rakan-rakan beban sebanyak 50 kg akan menggunakan 2% minyak?

7. Naik basikal

Rakan-rakan akan lebih sihat dan cun.. hehe!


Tuesday, August 13, 2013

Sampai Di sini Saja by Amalia Alias


Terdiam ku mendengar kata terukir
Tak pernah terlintas di fikirku selama ini
Mungkinkah kau sekadar bersenda
Atau hanya cuma berjenaka

Namun dari wajahmu ku sedari
Tiap kata yang kau tuturkan bernada sepi
Perlahanku tahan air mata
Dan kucuba untuk tersenyum laluku berkata

Sampai disini saja biar begini saja
Jangan cuba berpaling walau ku disini menangis
Mungkin bukannya aku bukan tempat diriku
Walaupun kau ku cinta kau takkan sedari aku

Bila ku tutup mata kau hadir disisi
Bila ku tutup telinga suaramu berbisik
Adakah ini mimpi semata
Andainya mimpi mengapa pedih hatiku terasa

Ku bahagia aku gembira aku derita
Maaf jika engkau ku luka

Harusnya engkau berpaling lihat aku disini
Mengutip kenangan kita yang ditiup angin derita
Walau bukannya cinta kita bukan sengketa
Dan kini takkan pernah ku mampu tersenyum lagi

Monday, July 1, 2013

Jaclyn putus tunang?

Biar betul penyanyi lagu Gemilang, Jaclyn Victor putus tunang? Rasanya Raja baru bercerita dengan Jac mengenai hubungan jarak jauh dengan tunangnya. Tiada reaksi tidak menyenangkan terpamer di wajah manis Jac, malah penyanyi bersuara tinggi itu ceria bercerita mengenai hubungan dengan tunangnya. 

Mereka dah bertunang selama 4 tahun, tetapi belum ada tanda nak berkahwin. Tunangan Jac kini berkerja di London. Malah, baru-baru ini, khabarnya tunang Jac datang melawatnya di Kuala Lumpur. Namun, Raja terdengar pula desas-desus mengatakan Jac sudah putus tunang.

Malah, cerita yang sampai ke pengetahuan Raja, Jac kini rapat dengan seseorang. Lelaki Melayu dan mempunyai hobi yang sama dengan Jac menunggang motosikal berkuasa besar. Itu cerita yang Raja dengar, kadang kala tidak boleh diterima pakai dan dipercayai bulat-bulat!
Raja mohon maaf pada Jac jika cerita yang Raja dengar ini hanyalah kisah dongeng! Raja lihat Jac mudah mesra dengan semua orang dan mungkin lelaki yang digosip dengannya itu adalah teman rapatnya. Adatlah, kalau rapat dengan seseorang, Jac sebagai penyanyi terkenal pasti menjadi mangsa gosip. 

Bagaimanapun, Raja harap cerita yang Raja dengar ini tidak benar. Jac pernah beritahu Raja, "Belum sampai seru! Jangan membuat spekulasi, saya masih tunangan orang. Cuma, keadaan ini nampak kami seperti renggang. Renggang bukan bermakna kami putus. 

"Kami jarang bertemu, hanya talian dan internet menjadi penghubung. Tapi, tunang saya tidak lupa melawat saya di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Lepaslah rasa rindu selepas sekian lama berjauhan. Apa yang dapat saya katakan, saya tak menggalakkan cinta jarak jauh, tak mudah! Selain terpaksa membayar bil yang tinggi, kepercayaan dan kejujuran perlu ada dalam diri masing-masing," katanya kepada Raja tidak lama dulu. Apapun, Raja berharap Jac cepatlah kahwin untuk mengelakkan fitnah.

Thursday, June 20, 2013

Cakra Khan – Harus Terpisah


Sendiri, sendiri ku diam, diam dan merenung
Merenungkan jalan yang kan membawaku pergi
Pergi tuk menjauh, menjauh darimu
Darimu yang mulai berhenti
Berhenti mencoba, mencoba bertahan
Bertahan untuk terus bersamaku
Ku berlari kau terdiam
Ku menangis kau tersenyum
Ku berduka kau bahagia
Ku pergi kau kembali
Ku coba meraih mimpi
Kau coba ‘tuk hentikan mimpi
Memang kita takkan menyatu
Bayangkan.. bayangkan ku hilang, hilang tak kembali
Kembali untuk mempertanyakan lagi cinta
Cintamu yang mungkin, mungkin tak berarti
Berarti untuk ku rindukan
Ku berlari kau terdiam
Ku menangis kau tersenyum
Ku berduka kau bahagia
Ku pergi kau kembali
Ku coba meraih mimpi
Kau coba ‘tuk hentikan mimpi
Memang kita takkan menyatu
Ini harusnya kita coba saling melupakan
Lupakan, lupakan kita pernah saling bersama
Ku berlari kau terdiam
Ku menangis kau tersenyum
Ku berduka kau bahagia
Ku pergi kau kembali
Ku coba meraih mimpi
Kau coba ‘tuk hentikan mimpi
Memang kita takkan menyatu


Shah Jaszle


Shah Jaszle? Sape tak kenal wehh!  Mula-mula kena tangkap khalwat sekarang pulak putus tunang dengan Redzwani Puteri. Kesiannya diorang nie, lagi-lagi dekat bekas tunang dia nie sebab kena tempiasnya.
Aku ada terbaca Shah Jaszle nie bengang & sakit hati dengan keputusan Redzwani Puteri untuk putuskan pertunangan, Shah Jaszle datang ke sebuah bank di Bangsar mencari pasangan khawalnya yang dikatakan menjadi punca. Pihak pengurusan bank tersebut meminta Farah meletak jawatan dalam masa 24 jam sebab kontroversi tersebut.

Wednesday, June 19, 2013

Proton Saga SV


Bangun-bangun pagi tadi tetiba rasa nak update tentang proton saga yang baru “proton saga baru SV”. Proton telah menawarkan kepada rakyat Malaysia satu varian kereta keluarannya yang akan dijual dengan harga lebih rendah bukannya lebih murah dan kereta tersebut dijangka mampu dimiliki oleh golongan yang berpendapatan rendah.

Varian Saga itu adalah, Saga Super Value (SV). Model terbaru yang dipertingkatkan dari segi keselamatan dan kualiti itu dijual pada harga RM33,438 hingga RM36,888, menunjukkan pengurangan harga sehingga 12 peratus berbanding model Saga sebelum ini.

Difahamkan Saga SV ditawarkan sebanyak enam warna dan orang ramai boleh membuat tempahan bermula hari ini iaitu selepas ia dilancarkan

Senarai spesifikasi dan harga Proton Saga SV Baru, klik pada tajuk pautan url yang disertakan dibawah:








Saturday, June 8, 2013

Jubah murah

JUBAH

~colour hijau
~RM 80.00 
~free postage~ PERCUMA POS EXPRESS
~for SERIOUS buyer only.

freeSaiz: 40
Bahu=15″
Lengan=23″
Lebar Dada= 16.5″
Lebar Pinggul= 22″
Lebar Bawah (kaki)=30″
Labuh=54″

~Tinggal 1 sahaja.sape cepat dia dapat!~

Tuesday, June 4, 2013

al-fatihah perginya seorang seniman


Seniman, Haji S Shamsuddin menghembuskan nafas terakhirnya pagi ini (Selasa, 4 Jun) pada jam 10.56pagi. Hilangnya seorang seniman yang amat disegani ramai. Al-fatiha, semoga rohnya dicucuri limpahan rahmat dari Allah, dan digolongkan di kalangan orang-orang yang diredhai Allah.

MAN Burger Kukus LAVA


Jom ajak mmbe2 or family pergi makan. Serius memang sedap aku dah cuba haritu. Nie alamat restoran tu 51G jalan Bidara 8.saujana utama sungai buloh. Berhampiran dgn KFC dan berhadapan dengan pasaraya Central Mart. Tak silap aku dulu restoran nie ada buka dekat Damansara Damai tapi dah tutup. Selamat mencuba!





Tuesday, May 21, 2013

Scoliosis, skoliosis atau tulang belakang bengkok. Part 1


Arinie aku nak cerita pasal scoliosis, skoliosis atau tulang belakang bengkok. Nie adalah sejenis penyakit tulang belakang membengkok secara berlebihan dengan keadaan yang tidak betul. Kalau buat X-ray tulang belakang akan kelihatan seperti huruf S atau C. sepatutnya tulang belakang nie lurus.
Mesti pelikkan sebab apa tiba-tiba jew aku nak cerita pasal penyakit nie. Aku cerita sebab aku adalah salah seorang penghidapnya. First time dapat tahu sedih gila, yela tak sangka ada penyakit nie. Dengan kawan-kawan pown aku tak pernah cerita sebab aku tak nak diorang sedih dengan keadaan aku nie. Yang paling penting aku nak tengok orang disekelilingi aku nie gembira.
Sepanjang 21 tahun nie aku rasa ok jew. Takde sakit apa-apa. Cuma bila penat sangat-sangat malam nak tidur tu serius tak boleh sebab belakang nie sakit sangat-sangat. Tapi masa sekolah dulu aku suka main bola jarring, wokey fine nama pown permainankan banyak kali aku jatuh. Tapi aku rasa ok jew Cuma bila jatuh dengan hentakkan yang kuat mula la susah nak bernafas. Dalam 2,3 minit ok la boleh bernafas macam biasa.
Bila buat medical check up, dokter sarankan suruh operate. What OPERATE? Seriously aku takut. Tapi aku redha kalau ini jalan penyelesaian. Wokey bersambung lagi nanti wokey. Thank you sebab sudi membaca.



Done my PRAKTIKAL!


Huh. Lamanye aku tak update blog. Maaf, sebab sibuk sangat2 sampai takde masa nak bukak blog. Hehe. Walaupun benda nie dah lama. Tapi nak cerita jugak! Tak kira. Hehe. Bila dah abis praktikal nie. Seriously, rindu gila anak murid. Setiap murid ada kenangan.
Aku praktikal dekat Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail (2) tapi bahagian prasekolah. Prasekolah tu apa? Prasekolah tu ala yg ngajar budak tadika tu. Anak murid umur 6 tahun satu kelas ada 25 orang murid. Dekat sekolah tu memang ada satu kelas jew. Anak murid sgt mencabar. Macam2 perangai ada. Harap maklum la budak kecik. Ramai orang cakap “ala mengajar budak kecik senang jew”. Eh2, meh sini try ajar tgk senang ke tak. Diorang taw nak main, main dan main.
Tapi semua tu adalah pengalaman yang paling berharga dalam hidup aku. Walaupun kadang-kadang tension, tak cukup tidur apa semua. Tapi kadang-kadang anak murid nie la buat kita gelak sebab melayan perangai diorang semua nie dapat melupakan masalah buat seketika.
Setiap hari rabu aku kena balik lambat sebab kena libatkan diri dalam aktiviti kokurikulum. So dapat la bergaul dengan cikgu-cikgu yang lain. Alhamdulillah, semua cikgunya baik-baik. Dengan menyertai aktiviti kokurikulum tu juga dapat menambah anak murid lagi. Hehe.
Last day praktikal, sangat-sangat sedih nak berpisah dengan prasekolah SK TTDI(2). Terima kasih SKTTDI(2) yang beri kerjasama sewaktu aku berpraktikal, tak lupa kepada guru pembing, cikgu Ema atas tunjuk ajar cikgu,  pembantu prasekolah iaitu Kak Hani sebab selalu masak makanan yang sedap-sedap dan pelajar-pelajar prasekolah SKTTDI(2) .  Good bye anak murid, belajar elok-elok ada masa kita jumpa lagi k. tak lupa juga bestie aku iylia partner praktikal yang susah senang sama-sama.















Thursday, January 17, 2013

Sayang girlfriend-girlfriend saya !


Di sebabkan aku ngan iylia last sem dekat unisel. And then, budak-budak rumah yang awesome! Aku ngan iylia rancang nak keluar dengan budak-budak rumah. Tak kira la pergi mana asal kan dapat keluar ngan diorang. Mula-mula ingat nak pergi Sunway, tapi macam jauh sangat la pulak. Last-last aku ngan iylia rancang balik ktorang pergi One Plaza, Kuala Selangor jew. Dekat situ lengkap sumer ada, ktorg just main bowling and karok jew.
Pagi-pagi lagi aku dah bangun, nak singgah unisel amik sayang-sayang aku tu dulu baru pergi Kuala Selangor. Selalunye, iylia naik kereta aku atau aku naik kereta iylia. Kali nie tak, ktowg bawak kereta sendiri. Sebab takut tak muat.
Sampai dekat One Plaza, ktowg main bowling dulu. Lepas main bowling, ktowg p karok. Time nie baru dapat dengar suara semua menyanyi. Hehe. Lepas semua dah penat menyanyi, masa untuk makan. Semua tak tahu nak makan dekat mana. Last-last makan dekat aroma ikan bakar, Jeram. Tomyam dye tak best. Yg best ikan dye, sebab ikan baru masih segar lagi.

Meh aku nak cerita pasal roommate aku sorang-sorang.




Baru aku taw linda nie power gila main bowling and dye suka sakat orang rupenya. Bape banyak kali dye gurau-gurau ngan budak uma semua. Aku dapat taw linda cuti sem nanti nak balik Jordan. Peehh! Jordan bhaii, bestnyela linda pergi Jordan. Jangan lupe bawak ole-ole dari Jordan eh linda. Ayah linda asal dari Jordan rupenye. Mula-mula aku ingat linda nie tak banyak cakap, senyap jew and suka buat hal sendiri. Kalau dye nak cakap pown just benda yang penting-penting jew. Kalau tak senyap jew. Semenjak-semenjak last sem baru aku taw banyak pulak dye cakap.



Wokey, now cter my roommate aku yg sangat aku sayang iaitu cik fielz. 5 tahun dah aku kenal. Tak silap aku 3 sem kot aku duduk ngan dye. Dye lah tempat aku mengadu bila aku gembira, sedih, lapar, sakit and anything. Kalau la takde fielz nie, takde la aku kenal unisel. Silap-silap tak masuk unisel. Serius! Sedih nak tinggalkan roommate aku nie. Fielz jew yg akan taw kalau aku tidur lambat atau bangun lambat sebab ape. Kadang-kadang bila aku penat sangat aku akan tidur awal. Sampai terpaksa fielz cakap sorang-sorang. Hehe. Sorry fielz, am penat tu am tidur awal. Saya sayang awak sangat-sangat cik pija! Awak jage diri elok-elok ok. Lepas nie kalau nak cas fon, cas betul-betul. Kang tak masuk bangun lambat plak. Lepasnie awak bangun dah tak nampak kita lagi. Sebab kita dah praktikal. Walau jauh dimata tapi dekat di hati.



Oppa Naza rongak style! Eh pehal pulak beroppa-oppa nie. Nie housemate aku lagi sorang, nama dye naza. Mula-mula masuk sem peramah betul budak nie. Banyak cakap pulak tu. Antara linda ngan fairuz, dye la yang paling banyak cakap dalam uma tu. Kadang-kadang duduk satu uma pown nak bertwitter. Hehe. Dah takde keja namanya. Paling sedih time burfday naza aku tak dapat nak celebrate sekali. Sorry ye awok, kita terpaksa balik uma sebab ada hal. Naza paling suka bila aku tiru iklan “manis tu, rosak gigi” hehe. Lepasnie dah tak boley nak gurau-gurau ngan naza lagi. Adik manis tak mau tension-tension k. awok kena kuat macam harimau Malaya. Aaauuummm~



Korea, running man! Wokey housemate aku si fairuz nie suke sangat tengok running man sampai awal pagi. Baru aku taw yang fairuz nie dye tak tidur malam. Dye macam duduk luar negara pulak tidur time pagi sampai petang. Fairuz nie kuat makan rupenye. Kejap-kejap tengok dekat status twitter dye lapar..lapar and lapar. Badan slim tapi kuat makan. Sama la macam aku. Hehe. Fairuz nie dye ganas sikit. Tapi takut dengan encik boyfriend dye, kelakar! Hehe. Lagi kelakar bila nak last day aritu ktowg peluk-peluk, cium-cium nak berpisah la kan. Dye punya la tak nak. Haha



Ale ale hiii huu~ cikgu leyaleyo @ iylia. Dye nie housemate aku jugak. Dye satu kohort dengan aku jugak. Nanti ktowg praktikal dekat sekolah yang sama. Baru la jugak aku kenal ngan iylia nie. Masa mula-mula kenal tak taw pulak satu kepala dengan aku rupanya. Aku ngan iylia suka buat keja gila. Kadang-kadang kalau hang out, ktowg pakai baju kurung. Kalau ada orang pandang angap jew ktowg nie keja office. Haha. Yang paling aku tak sangke iylia nie suka makan laksa. Wokey dah sama ngan aku. Tapi yang paling terujanya “BIHUN LAKSA TELUR SEPARUH MASAK”. Tak taw pulak aku yg dye suka makanan yg sama ngan aku. Yela orang selalu buat laksa guna laksa betul. Bukan pakai bihun, tapi ktowg memang suka! And tak taw pulak aku yg dye pown sama ngan aku suka tengok cerita cartoon totally spies. Susah betul nak jumpa kawan dalam dunia nie yang sama citarasa. Kalau yang jumpa pown semua tu kebetulan.


Awok~awok kesayangan saya. Awok jaga diri ye jangan makan hati yang patah tumbuh yang hilang akan berganti *eh, ternyanyi pulak. Hehe* . Saya sayang awok sangat-sangat. Ada masa kita keluar sama-sama ye. Rindu awok semua!







Last sem

Akhirnye tamat jugak pengajian aku selama nie. Lepas nie tunggu praktikal pulak. Hope semua berjalan dengan lancar. Sebelum last paper haritu, kelas aku ade buat majlis perpisahan. Lepas nie tak taw bila boleh jumpa lagi. Masing-masing dah ade haluan sendiri. Hope semuanya berjaya. Lepas nie dah takde gaduh-gaduh, orang nie tak puas hati ngan orang nie, latihan teater ngan muzik, assmt yg lecture selalu bg last minit, takde keluar duit banyak lagi, over night, study smpai lewat malam, borak-borak sampai tgh pagi, main masak-masak, makan sama-sama, gelak sama-sama, menangis sama-sama. Semua tetap akan meninggalkan kenangan. Event ada gaduh-gaduh, tapi rasa rindu tu tetap ada. Yela, mana ada pasnie nak gaduh lagi kan. Masing-masing dah jauh. Kalau depan-depan ada jew masalahnye. Pape pown GOOD LUCK praktikal nanti! Kita jumpa masa konvo nanti k. sayang K 11 G 2.