Monday, July 1, 2013

Jaclyn putus tunang?

Biar betul penyanyi lagu Gemilang, Jaclyn Victor putus tunang? Rasanya Raja baru bercerita dengan Jac mengenai hubungan jarak jauh dengan tunangnya. Tiada reaksi tidak menyenangkan terpamer di wajah manis Jac, malah penyanyi bersuara tinggi itu ceria bercerita mengenai hubungan dengan tunangnya. 

Mereka dah bertunang selama 4 tahun, tetapi belum ada tanda nak berkahwin. Tunangan Jac kini berkerja di London. Malah, baru-baru ini, khabarnya tunang Jac datang melawatnya di Kuala Lumpur. Namun, Raja terdengar pula desas-desus mengatakan Jac sudah putus tunang.

Malah, cerita yang sampai ke pengetahuan Raja, Jac kini rapat dengan seseorang. Lelaki Melayu dan mempunyai hobi yang sama dengan Jac menunggang motosikal berkuasa besar. Itu cerita yang Raja dengar, kadang kala tidak boleh diterima pakai dan dipercayai bulat-bulat!
Raja mohon maaf pada Jac jika cerita yang Raja dengar ini hanyalah kisah dongeng! Raja lihat Jac mudah mesra dengan semua orang dan mungkin lelaki yang digosip dengannya itu adalah teman rapatnya. Adatlah, kalau rapat dengan seseorang, Jac sebagai penyanyi terkenal pasti menjadi mangsa gosip. 

Bagaimanapun, Raja harap cerita yang Raja dengar ini tidak benar. Jac pernah beritahu Raja, "Belum sampai seru! Jangan membuat spekulasi, saya masih tunangan orang. Cuma, keadaan ini nampak kami seperti renggang. Renggang bukan bermakna kami putus. 

"Kami jarang bertemu, hanya talian dan internet menjadi penghubung. Tapi, tunang saya tidak lupa melawat saya di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Lepaslah rasa rindu selepas sekian lama berjauhan. Apa yang dapat saya katakan, saya tak menggalakkan cinta jarak jauh, tak mudah! Selain terpaksa membayar bil yang tinggi, kepercayaan dan kejujuran perlu ada dalam diri masing-masing," katanya kepada Raja tidak lama dulu. Apapun, Raja berharap Jac cepatlah kahwin untuk mengelakkan fitnah.