Tuesday, August 13, 2013

Sampai Di sini Saja by Amalia Alias


Terdiam ku mendengar kata terukir
Tak pernah terlintas di fikirku selama ini
Mungkinkah kau sekadar bersenda
Atau hanya cuma berjenaka

Namun dari wajahmu ku sedari
Tiap kata yang kau tuturkan bernada sepi
Perlahanku tahan air mata
Dan kucuba untuk tersenyum laluku berkata

Sampai disini saja biar begini saja
Jangan cuba berpaling walau ku disini menangis
Mungkin bukannya aku bukan tempat diriku
Walaupun kau ku cinta kau takkan sedari aku

Bila ku tutup mata kau hadir disisi
Bila ku tutup telinga suaramu berbisik
Adakah ini mimpi semata
Andainya mimpi mengapa pedih hatiku terasa

Ku bahagia aku gembira aku derita
Maaf jika engkau ku luka

Harusnya engkau berpaling lihat aku disini
Mengutip kenangan kita yang ditiup angin derita
Walau bukannya cinta kita bukan sengketa
Dan kini takkan pernah ku mampu tersenyum lagi

Monday, July 1, 2013

Jaclyn putus tunang?

Biar betul penyanyi lagu Gemilang, Jaclyn Victor putus tunang? Rasanya Raja baru bercerita dengan Jac mengenai hubungan jarak jauh dengan tunangnya. Tiada reaksi tidak menyenangkan terpamer di wajah manis Jac, malah penyanyi bersuara tinggi itu ceria bercerita mengenai hubungan dengan tunangnya. 

Mereka dah bertunang selama 4 tahun, tetapi belum ada tanda nak berkahwin. Tunangan Jac kini berkerja di London. Malah, baru-baru ini, khabarnya tunang Jac datang melawatnya di Kuala Lumpur. Namun, Raja terdengar pula desas-desus mengatakan Jac sudah putus tunang.

Malah, cerita yang sampai ke pengetahuan Raja, Jac kini rapat dengan seseorang. Lelaki Melayu dan mempunyai hobi yang sama dengan Jac menunggang motosikal berkuasa besar. Itu cerita yang Raja dengar, kadang kala tidak boleh diterima pakai dan dipercayai bulat-bulat!
Raja mohon maaf pada Jac jika cerita yang Raja dengar ini hanyalah kisah dongeng! Raja lihat Jac mudah mesra dengan semua orang dan mungkin lelaki yang digosip dengannya itu adalah teman rapatnya. Adatlah, kalau rapat dengan seseorang, Jac sebagai penyanyi terkenal pasti menjadi mangsa gosip. 

Bagaimanapun, Raja harap cerita yang Raja dengar ini tidak benar. Jac pernah beritahu Raja, "Belum sampai seru! Jangan membuat spekulasi, saya masih tunangan orang. Cuma, keadaan ini nampak kami seperti renggang. Renggang bukan bermakna kami putus. 

"Kami jarang bertemu, hanya talian dan internet menjadi penghubung. Tapi, tunang saya tidak lupa melawat saya di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Lepaslah rasa rindu selepas sekian lama berjauhan. Apa yang dapat saya katakan, saya tak menggalakkan cinta jarak jauh, tak mudah! Selain terpaksa membayar bil yang tinggi, kepercayaan dan kejujuran perlu ada dalam diri masing-masing," katanya kepada Raja tidak lama dulu. Apapun, Raja berharap Jac cepatlah kahwin untuk mengelakkan fitnah.

Thursday, June 20, 2013

Cakra Khan – Harus Terpisah


Sendiri, sendiri ku diam, diam dan merenung
Merenungkan jalan yang kan membawaku pergi
Pergi tuk menjauh, menjauh darimu
Darimu yang mulai berhenti
Berhenti mencoba, mencoba bertahan
Bertahan untuk terus bersamaku
Ku berlari kau terdiam
Ku menangis kau tersenyum
Ku berduka kau bahagia
Ku pergi kau kembali
Ku coba meraih mimpi
Kau coba ‘tuk hentikan mimpi
Memang kita takkan menyatu
Bayangkan.. bayangkan ku hilang, hilang tak kembali
Kembali untuk mempertanyakan lagi cinta
Cintamu yang mungkin, mungkin tak berarti
Berarti untuk ku rindukan
Ku berlari kau terdiam
Ku menangis kau tersenyum
Ku berduka kau bahagia
Ku pergi kau kembali
Ku coba meraih mimpi
Kau coba ‘tuk hentikan mimpi
Memang kita takkan menyatu
Ini harusnya kita coba saling melupakan
Lupakan, lupakan kita pernah saling bersama
Ku berlari kau terdiam
Ku menangis kau tersenyum
Ku berduka kau bahagia
Ku pergi kau kembali
Ku coba meraih mimpi
Kau coba ‘tuk hentikan mimpi
Memang kita takkan menyatu


Shah Jaszle


Shah Jaszle? Sape tak kenal wehh!  Mula-mula kena tangkap khalwat sekarang pulak putus tunang dengan Redzwani Puteri. Kesiannya diorang nie, lagi-lagi dekat bekas tunang dia nie sebab kena tempiasnya.
Aku ada terbaca Shah Jaszle nie bengang & sakit hati dengan keputusan Redzwani Puteri untuk putuskan pertunangan, Shah Jaszle datang ke sebuah bank di Bangsar mencari pasangan khawalnya yang dikatakan menjadi punca. Pihak pengurusan bank tersebut meminta Farah meletak jawatan dalam masa 24 jam sebab kontroversi tersebut.

Wednesday, June 19, 2013

Proton Saga SV


Bangun-bangun pagi tadi tetiba rasa nak update tentang proton saga yang baru “proton saga baru SV”. Proton telah menawarkan kepada rakyat Malaysia satu varian kereta keluarannya yang akan dijual dengan harga lebih rendah bukannya lebih murah dan kereta tersebut dijangka mampu dimiliki oleh golongan yang berpendapatan rendah.

Varian Saga itu adalah, Saga Super Value (SV). Model terbaru yang dipertingkatkan dari segi keselamatan dan kualiti itu dijual pada harga RM33,438 hingga RM36,888, menunjukkan pengurangan harga sehingga 12 peratus berbanding model Saga sebelum ini.

Difahamkan Saga SV ditawarkan sebanyak enam warna dan orang ramai boleh membuat tempahan bermula hari ini iaitu selepas ia dilancarkan

Senarai spesifikasi dan harga Proton Saga SV Baru, klik pada tajuk pautan url yang disertakan dibawah: