Monday, October 14, 2013

Umobile

Masuk bulan nie dah 2 bulan aku pakai line umobile. Disebabkan sim maxis  yang aku guna mcm mahal jew. Nie semua gara2 sim maxis yg problem. Tapi nasib baik ada umobile. Seriously, tersangat lah murah. If msg umobile dengan umobile kejap2 dapat msg free. Then tiap kali topup dapat msg and call free. So akan setia dengan umobile. Harap maklum ekonomi sekarang makin meningkat naik. So kena la berjimat cermat.

Monday, October 7, 2013

astrid - mendua

Ku tak habis kurangku dimana
Kau tega melepaskan aku
Jauh ku menatap namun terlalu jauh
Imajinasiku terberai
Terdiam aku beku tanpamu
Dimanakah letak hatimu
Kau putuskan tuk mendua
Dengan dia di belakangku
Padahal ku pilih kamu
Jadi cinta terakhir
Ku tak habis kurangku dimana
Kau tega melepaskan aku
Jauh ku menatap namun terlalu jauh
Imajinasiku terberai
Terdiam aku beku tanpamu
Dimanakah letak hatimu
Kau putuskan tuk mendua
Dengan dia di belakangku
Padahal ku pilih kamu
Jadi cinta terakhir
Kau putuskan tuk mendua
Dengan dia di belakangku
Padahal ku pilih kamu
Jadi cinta terakhir
Kau putuskan tuk mendua
Dengan dia di belakangku
Padahal ku pilih kamu
Jadi cinta terakhir, jadi cinta terakhir

Monday, September 9, 2013

7 TIPS JIMAT MINYAK

1. Penuhkan minyak

Apabila tangki minyak penuh, ruang untuk udara menjadi kurang. Minyak meruap dengan pantas. Isi minyak dengan perlahan. Jangan tekan nozzle tu kuat sangat. Minyak yang bercampur dengan udara akan lebih cepat terbakar.

2. Kurangkan laju

Bawa dengan kelajuan yang konsisten. Kalau 70, cuba kekal 70 saja. Jangan tekan minyak selalu secara mendadak.

3. Tayar

Bila kita gunakan tayar yang saiznya lebih lebar, lebih minyak akan digunakan. Ini kerana lebih tenaga diperlukan untuk menggolek rintangan tayar yang lebar.

4. Letakkan kereta di tempat teduh

Kereta akan mudah kembali sejuk selepas kita mulakan pemanduan.

5. Angin tayar

Selalu periksa angin tayar. Kapisiti angin yang betul akan melancarkan putaran tayar dan mengurangkan penggunaan minyak.

6. Kurangkan beban

Bersihkan kereta. Apa saja barang yang tak diperlukan keluarkan daripada kereta. Tahukah rakan-rakan beban sebanyak 50 kg akan menggunakan 2% minyak?

7. Naik basikal

Rakan-rakan akan lebih sihat dan cun.. hehe!


Tuesday, August 13, 2013

Sampai Di sini Saja by Amalia Alias


Terdiam ku mendengar kata terukir
Tak pernah terlintas di fikirku selama ini
Mungkinkah kau sekadar bersenda
Atau hanya cuma berjenaka

Namun dari wajahmu ku sedari
Tiap kata yang kau tuturkan bernada sepi
Perlahanku tahan air mata
Dan kucuba untuk tersenyum laluku berkata

Sampai disini saja biar begini saja
Jangan cuba berpaling walau ku disini menangis
Mungkin bukannya aku bukan tempat diriku
Walaupun kau ku cinta kau takkan sedari aku

Bila ku tutup mata kau hadir disisi
Bila ku tutup telinga suaramu berbisik
Adakah ini mimpi semata
Andainya mimpi mengapa pedih hatiku terasa

Ku bahagia aku gembira aku derita
Maaf jika engkau ku luka

Harusnya engkau berpaling lihat aku disini
Mengutip kenangan kita yang ditiup angin derita
Walau bukannya cinta kita bukan sengketa
Dan kini takkan pernah ku mampu tersenyum lagi

Monday, July 1, 2013

Jaclyn putus tunang?

Biar betul penyanyi lagu Gemilang, Jaclyn Victor putus tunang? Rasanya Raja baru bercerita dengan Jac mengenai hubungan jarak jauh dengan tunangnya. Tiada reaksi tidak menyenangkan terpamer di wajah manis Jac, malah penyanyi bersuara tinggi itu ceria bercerita mengenai hubungan dengan tunangnya. 

Mereka dah bertunang selama 4 tahun, tetapi belum ada tanda nak berkahwin. Tunangan Jac kini berkerja di London. Malah, baru-baru ini, khabarnya tunang Jac datang melawatnya di Kuala Lumpur. Namun, Raja terdengar pula desas-desus mengatakan Jac sudah putus tunang.

Malah, cerita yang sampai ke pengetahuan Raja, Jac kini rapat dengan seseorang. Lelaki Melayu dan mempunyai hobi yang sama dengan Jac menunggang motosikal berkuasa besar. Itu cerita yang Raja dengar, kadang kala tidak boleh diterima pakai dan dipercayai bulat-bulat!
Raja mohon maaf pada Jac jika cerita yang Raja dengar ini hanyalah kisah dongeng! Raja lihat Jac mudah mesra dengan semua orang dan mungkin lelaki yang digosip dengannya itu adalah teman rapatnya. Adatlah, kalau rapat dengan seseorang, Jac sebagai penyanyi terkenal pasti menjadi mangsa gosip. 

Bagaimanapun, Raja harap cerita yang Raja dengar ini tidak benar. Jac pernah beritahu Raja, "Belum sampai seru! Jangan membuat spekulasi, saya masih tunangan orang. Cuma, keadaan ini nampak kami seperti renggang. Renggang bukan bermakna kami putus. 

"Kami jarang bertemu, hanya talian dan internet menjadi penghubung. Tapi, tunang saya tidak lupa melawat saya di Kuala Lumpur, baru-baru ini. Lepaslah rasa rindu selepas sekian lama berjauhan. Apa yang dapat saya katakan, saya tak menggalakkan cinta jarak jauh, tak mudah! Selain terpaksa membayar bil yang tinggi, kepercayaan dan kejujuran perlu ada dalam diri masing-masing," katanya kepada Raja tidak lama dulu. Apapun, Raja berharap Jac cepatlah kahwin untuk mengelakkan fitnah.