Sunday, March 18, 2012

Hotlink BAGUS Pelan Pra Bayar Terbaru dari Maxis

Hai blogger, follower and stalker.. aku sekarang pakai youth club.tapi tinggal lagi setahun nak tamat tempoh. Tau-tau sekarang Hotlink dah ada pelan prabayar baru Hotlink BAGUS. Aku baru tahu! Pelan prabayar baru Hotlink BAGUS ni menawarkan kadar panggilan pada harga serendah 12 sen seminit, 1 sen untuk SMS, boleh surf internet dan dapat penjimatan untuk panggilan ke luar negara.Nampak macam best. Aku ingat nak beli.. nak pakai untuk fon blackberry aku..


Semua pelanggan prabayar Hotlink yang sedia ada dan pelanggan baru boleh berjimat dan dapat manfaat dengan pelan prabayar Hotlink BAGUS. Pelanggan sedia ada boleh upgrade ke pelan Hotlink BAGUS dengan menaip *108*21# di telefon mudah alih masing-masing dan akan dikenakan caj pertukaran sebanyak RM1 untuk nikmati kadar rendah yang ditawarkan oleh Pelan Hotlink BAGUS. Bagi pelanggan baru pula hanya perlu beli pek permulaan atau starter pack ‘BAGUS’ yang berharga RM5 sahaja.
Untuk mengetahui lebih lanjut info tentang pelan prabayar baru Hotlink ni dan macam mana nak dapatkan starter pack Hotlink BAGUS, boleh singgah di mana-mana kedai Hotlink yang berdekatan atau boleh layari laman web.

2 comments:

En. Kronik said...

keje kat maxis ke? hehehe

amalyna said...

eh...xla...hehe